Berjayakah saya dengan Shaklee?
Assalamulaikum kalian yang saya hormati. Salam ceria, salam
gembira. Tak kisah pun apa yang kalian lalui hari ini, pastikan apa saja usaha
kalian berjaya. Fikirkan ramai yang dapat manfaat dari kita tak kisah apa jua
bisnes yang kita usahakan. Tanya lah pada diri, apa sumbangan yang kita nak
buat hari ni. Sekurang kurangnya satu, pastikan ia lancar dengan izin-Nya.
Kembali pada topic asal pilihan kepimpinan Jutawan untuk
hari ini, adakah saya berjaya dengan Shaklee. Saya boleh katakan YA dan YA
serta YA. Alhamdulillah syukur pada rahmat –Nya, terjunnya saya ke bidang ini
sudah ditentukan Allah. Walau pun agak lambat dan sedikit tragis, saya terima
dengan hati yang gembira.
Kisah 1. Ayah sendiri.
Kisah ini boleh saja saya ulang disini agar jadi ingatan dan
teladan. Saya boleh katakan ia adalah lambang kasih sayang paling besar atau
entahlah besar mana, sukar nak gambar. Ia kisah bagaimana saya tercari cari
cara nak selamatkan ayah saya yang luka di jari kaki. Kerana diabetes, lukanya
lambat baik dan akhirnya ibu jari tersebut terpaksa dibuang. Itu satu hal,
penjagaan selepas operation juga amat merisaukan. Saya hanya ada satu ayah yang telah berjasa
hingga saya sebegini besar, manakan boleh saya melihat dia sakit dan dimarah doktor
sebab luka lambat baik. Macamlah takde cara lainkan, semestinya harus jaga
makan namun nak makan apa ni? Saya mohon pada Allah dan Alhamdulillah terjumpa
Azliya Yatim, rakan seasrama di Yayasan Selangor. Vivix 2 botol saya beli tanpa
soal banyak sebab dah tahu hebatnya Vivix ni. Rupanya baru ketika itu rezeki
saya ditetapkan Allah untuk memilikinya. Semuanya untuk ayah. Alhamdulilah
lepas 2 minggu, jaga makan dan Vivix 4 sudu sehari, doctor dan jururawat memuji
ayah ketika selesai dressing. Wajah ayah kembali berseri. Tak sedih dan malu
macam mula mula jumpa doctor 2 minggu sebelum tu. Balik rumah saya sujud
syukur! Tiada yang lebih gembira bila peluang nak baik tu ada. Bukan peluang
nak makin sakit macam sesetengah doctor lain yang saya jumpa, kata mereka, ni
tak lama ni! Alhamdulillah ayah dan mak semakin jaga makan, makin sayang diri
sebab cucu dan anak anak ambil berat. Berderet vitamin Shaklee dirumah saya
sediakan..
Kisah 2: Kawan kawan dan saudara mara pun mula sedar tentang
kesihatan.
Saya pendekkan cerita, saya mula share ke mana mana saja
tentang Vivix. Ramai donwline terawal saya adalah pengguna Vivix. Alhamdulillah,
hingga kini masih berhubung dan jadi pembeli Shaklee. Salah seorang adalah Kak
B, cukup saya nyatakan, ubat kolestrol beliau dah tak perlu makan lagi. Termasuk ubat kencing manis yang telah doktor kurangkan dos
nya. Kak b adalah pengguna Vivix dan Youth hingga kini. Atas sebab peribadi,
tak dapat saya share gambar beliau. Saya doakan beliau sihat dan maju jaya.
Bila dengar kisah ayah saya yang tak perlu suntikan insulin
selepas makan Vivix, 3 orang adik beradiknya juga telah mula jaga kesihatan dan
ambil Vivix, mereka suka jalan jalan, Alhamdulillah kesihatan bertambah baik
dan hidup gembira saya tengok. Happy saya melihat mereka pun sama sama jaga
kesihatan.
Kisah 3: Saya dan projek detox.
Saya bermula dengan pantang gula selama 100 hari selepas
saya pula mencari apakah yang terbaik untuk hidup ini selain chocolate kek yang
lembap dan air jus oren di pasaraya. Keduanya adalah kegemaran saya tanpa kira hari nak makan pun. Stress
atau tak, perlu ada salah satu dalam peti ais. Lepas pantang gula 100 hari, tak
tau pulak boleh hilang 10kg. takkan tak happy pulak kan? Dari 85kg saya potong jadi 75kg. Lompat bintang!!!
Dari situ saya mencari lagi bagaimana cara nak fit dan
tingkatkan kecerdasan, Allah hadiahkan saya sekumpulan Jutawan yang tak lokek
ilmu dan makin mengajak buat pahala, kami dipertemukan. Team DETOX mula
ditubuhkan dan saya antara yang gembira ada projek begini. Tak fikir lama, saya
join.
Program detox ni mensasarkan sesiapa saja yang mempunyai
berat badan terlebih, kulit kusam, tak bermaya, malah semudah muka berjerawat
dan berminyak pun, ada yang dapat manfaat.
Buat saja tanpa banyak tanya. Semestinya manfaat besar dalam
projek ini. Siapa sangka, sudah 800 orang peserta hilang berat badan, tukar
gaya pemakanan, tukar imej baru, jalan makin segak, maklumlah size baju baru. dan
paling best, size baju saya dah tak macam dulu. Saya mula hunting baju size M
dan S. nak lompat bintang ke nak lompat pagar! Entahlah. Syukur dan happy
sangat.
Kisah 4 : Saya mula besarkan network.
Sekelip mata saja, saya dah punya ramai downline yang nak
cuba kurus, ramai pelanggan mula melihat bagusnya Shaklee dan saya dah ada
follower. Apakah serampang dua mata untuk program ini? Sudah tentu ia menambah kaching di poket saya.
Apa lagi selain beri manfaat pada orang lain? Allah beri rezeki bantu kita
pula. Percayalah, mungkin wang bukan sesuatu untuk bahagia. Tapi dengan wang,
kita boleh bahagia. Kita boleh belanja kedua ibu pada, sesiapa sahaja malah
tingkatkan nilai zakat dan sedekah kita pada insan yang memerlukan. Itulah kelebihan bisnes Shaklee. Tak kira dimana saja kita berada, boleh bantu orang dan berjaya.
Sekian saja dari saya kali ini. saya bisa saja dihubungi untuk borak borak pasal Shaklee. Jika tuan puan nak buang kilos yang tersimpan sejak lama, jangan malu malu kita bincang saja di Whatapps.
Saya Zaila Norman,
Coach detox anda yang baik hati.
0132704334
Comments
Post a Comment