Mentor bisnes saya




Assalamualaikum. Saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada MENTOR saya, sebab dia yang menunjukkan jalan pada saya hingga saya mampu berdiri di atas pentas ini sebagai seorang MASTER. Alhamdulillah, happynya.


Alhamdulillah saya dah dapat idea nak cakap apa andai saya berdiri di atas pentas sebagai apa saja rank saya dalam bisnes Shaklee. Saya terus terang, saya bukan sesiapa disini jika saya tak ditemukan dengan Izura Sobri, dengan Izin – Nya. Berada dibawah ketiak beliau saya rasa macam ‘terjaga’. Dia tak biarkan saya blur blur dan terlalu tenggelam.

Jadi mentor ni tak perlu disuruh. Tapi kena suruh diri sendiri demi team sendiri. Begitulah namanya seorang leader dan terus jadi mentor kalau peminat suka.

Mentor tak semestinya seorang saja, sebenarnya dalam Shaklee, ramai yang saya follow di Facebook sebab saya berkenan cara mereka dan terus tiru gaya mereka. Mentor tak semestinya dalam bisnes itu saja tapi ada macam macam kriteria. Misalnya mentor dalam bidang menulis saya suka tuan KHM. Saya suka cara Puan Laila Muthtar juga sebab caranya yang terlalu menyentuh hati dalam berbicara.
Ada yang setuju ada yang tidak kalau mentor lebih dari satu. Tapi saya punya mentor Puan Izura tu memang saya kena ikut. Itukah kelebihan bisnes Shaklee juga sebab ramai yang kita boleh ikuti dan turivasi. Tak kisah ianya milik siapa, masih boleh tiru cara mereka. Yang tak boleh kalau curi downline orang lain yang bukan sedarah kita.

Perlukah ikut 100% ajaran mentor?

Ya, saya ikut. Lepas ikut dan buat barulah saya tahu, senang rupanya berbisnes Shaklee. Kalau saya tak kenal Zura Betty dan Wan Muliani, manalah saya tahu solat Dhuha betul betul. Saya main tibai saja buat 6 rakaat straight. Jadi, berkenal kenal dengan mentor dan ikut kelas mereka.
Mentor paling best saya ialah dalam Shaklee. Sikap dan amalan mereka amat terpuji. Sesuatu ibadah atau tips tu mereka buat dan terus share pada  kami tanpa lengahkan waktu. Kami dalam genggaman mentor kami untuk berjaya. Dan kami sebagai anak didik follow rapat mereka.

Apa lagi tentang mentor?

Mentor punya kesabaran tinggi dan hati kental. Itulah awal awal pasak dalam jiwa ni. Takde sorang pun mereka akan marah kita kalau tak ikut. Mereka hebat, mereka tak perlu marah kita. Kita leka, kita yang kena marah diri sendiri. Bila mentor ajar, walaupun tak jumpa, tapi panah tu mengena. Y Sebab? Allah telah pilih siapa untuk siapa belajar dan mengajar. Yang penting happy dan redha nak terima ajaran itu.

Mentor kita kena cantik dan kurus kah?

Pada saya mesti sihat, cantik dan kemas. 

Kena jadi contorh sebagai pengguna Shaklee yang berilmu, kena ikut semua ilmu Shaklee beri dan share kepada semua. Jadi Masters, kena share ya. Tapi saya tahu, ilmu dalam Shaklee luas dan semua dapat dengan ikhlas.

Bila mentor ihklas, apa yang diajar masuk lalu kena dalam jiwa. Insya Allah pandai anak muridnya dan bole pula share kepada yang lain.

Mohon Allah panjangkan umur dan sihatkan semua mentor kami. Tak kira dimana jua.
Team yang mana, bisnes yang mana. Teruskan saya diri.
Kalau tak tau cara sayang diri, buat detox saja.

Terima kasih kerana membaca.
Saya perempuan cantik tulis blog atas toto sahaja. 

  

Comments

Popular Posts